Kamis, 12 Mei 2016

KETIKA ISTRI ENGGAN MENUTUP 4UR4T APA YANG AKAN TERJADI PADA SUAMI???

Saya sudah tegur istri saya untuk menutup aurat tetapi dia masih enggan menutup aurat.?  Adakah dosa dia masih ditanggung oleh suami atau istrinya menanggung dosa sendiri.?


Nabi SAW bersabda  : “Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu coba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jika kita sudah tegur isteri untuk menutup aurat tetapi dia masih tidak mahu menutup aurat maka dosa itu isteri akan tanggung sendiri, tetapi sebagai suami kita mesti teruskan menasihatinya jangan jemu dan putus asa kerana kesabaran kita berdakwah kepada isteri akan diberikan pahala oleh Allah SWT.

Jika isteri nusyuz (durhaka) suami mestilah melakukan tindakan-tindakan berikut:
  1.     Bersabar menghadapi karenah isteri, memberi nasihat,
  2.     jika tak berhasil, pisahkan tempat tidur
  3.     (jika mash gagal) Memukul (pukulan yang ringan untuk mengajarnya).
  4.     Jika tidak berjaya krisis itu dirujuk kepada orang tengah seperti ibu bapa isteri, abang, kakak atau adik isteri atau keluarga sebelah suami coba menasihatinya, jika masih gagal untuk mencari penyelesaian. Maka pilihan terakhir suami, jika dia mau, ialah menceraikan isterinya dengan talak satu.


Firman Allah SWT maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah an- Nisaa ayat 34)




(sumber: akuharustau.com)

Baca Juga

KETIKA ISTRI ENGGAN MENUTUP 4UR4T APA YANG AKAN TERJADI PADA SUAMI???
4/ 5
Oleh
Tampilkan Komentar
Sembunyikan